Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?
Itu persoalan yang sya suka timbulkan. Tapi, abaikan dengan soalan itu, bagi sya kita wajib bersyukur sepenuhnya kepada Allah kerana dengan limpahan nikmat dariNya yang memberikan kita peluang menjumpai tahun baru.
Tanpa kita sedar umur kita meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah Taubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?
Untuk tahun 1433H ni aku doakan agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

